Unit PPDa SMK Gombak Setia

Sekolah Bebas Dadah 2012 Negara Bebas Dadah 2015

Teks Ucapan Pengetua

Pengetua SMK Gombak Setia

SEMPENA PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMKGS 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2012 ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang terkawal.

Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian.

Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas.

Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.

Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi.

Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam drama-drama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai dadah?

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain.

Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema “ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”.

Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan ‘Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2012’.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 326 other followers

%d bloggers like this: