Unit PPDa SMK Gombak Setia

Sekolah Bebas Dadah 2012 Negara Bebas Dadah 2015

As Salam

ppda

Lama tidak diusik blog ini. Sibuk ke lain-lain hal. Banyak betul Hal sepanjang tahun 2013. In shaa Allah saya akan kemaskini blog ini dari masa ke semasa.

Kepada anda semua jika ada bahan-bahan berkaitan harap sudi di-kongsikan.

e-mail: ppda@gmail.com

Terima kasih.

As Salam Melayu

As Salam Melayu

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Lindungi anak dari pencemaran ciptaan kita

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.

Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  •  Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Berhenti Merokok – Kalau Bukan Untuk Diri Anda, Lakukanlah Untuk Anak-Anak Anda

Ke Arah Keluarga Sihat Sejahtera

Apa Itu Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya.

Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ).

Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan.

Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Penerangan

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor.

Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.

Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat.

Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum.

Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna.

Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya.

Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut.

Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu.

Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu.

Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil.

Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Sumber: Penyalahgunaan Dadah, http://www.sioloon.com

Kembali

Allah Ya Dhaaru Ya Nafi'u

Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

Kembali

Tuhanku
Tunjukkan padaku
Jalan yang harus ku tempuh
Mencari keampunan-Mu
Mendapat kemaafan serta redho-Mu
Jalan untuk kembali Ya Ghafur
Selamat kembali pada-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

Bukakanlah pintu hatiku
Untuk menerima taufik dan hidayah-Mu
Sungguh tiada upayaku tiada dayaku tanpa-Mu

Jadikan aku bersyukur atas segala nikmat-Mu Ya Syakur
Jadikan aku tabah segala ujian-Mu Ya Sobur

Aku ingin tunduk sujud hanya kepada-Mu
Berbakti setulus hatiku
Ikhlas kerana-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

As Salam

Carilah! Tidak semestinya jumpa tapi Biar Mati semasa mencari.

Nabi s.a.w. sendiri telah bersabda dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

“Aku sesuai dengan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya. Apabila dia mengingatiku ketika di dalam kumpulan manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam suatu kumpulan mahkluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.” [HR Muslim]

Saya Kawan bukan Warden

Surah Maryam 19:93-98

Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, melainkan akan datang kepada (Allah) Yang Maha Pengasih sebagai seorang hamba (19:93)

Jika Anak Itu…

Diambil dari Page Aku muslimah

Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.

Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.

Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.

Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.

Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.

Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.

Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.

Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.

Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.

Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.

Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.

Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.

Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup.

♥Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup?

https://m.facebook.com/profile.php?id=328379747257617&ref=stream&refid=52

Think Health Not Drug

Tukar Kerajaan Secara Aman

Ikrar Aman

Stress! Stress! Stress!

Aku muslimah wrote:

Punca stres dah tahu, skrg jom kita kenali tanda-tanda stres pulak. Kalau ada antara perkara yang kat bawah ni berlaku kepada diri U all, haaa… Itu lah tandanya U all tengah stres. Tapi Anna gerenti U all pernah punye alami stres. Hehehe~~

TANDA-TANDA FIZIKAL

: kering mulut
: gementar
: sakit kepala
: masalah tidur
: perubahan selera makan
: cepat letih
: lenguh-lenguh badan
: jantung berdebar-debar
: pernafasan semakin laju
: sakit perut
: cirit-birit
: sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
: letih lesu

TANDA-TANDA PSIKOLOGI

: gelisah
: hilang sabar
: mudah marah
: lemah semangat
: risau dan bimbang
: kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
: mudah lupa
: takut gagal
: rendah diri
: keresahan
: tidak merasa seronok
: bosan
: kemurungan/ tiada mood

TANDA-TANDA TINGKAHLAKU

: merokok berlebihan
: penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
: memikir/ bercakap tentang mencederakan/ membunuh diri
: tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vendalisme)
: penyalahgunaan dadah dan alkohol
: masalah tabiat makan

Walau apa pun masalah/ stres yang melanda diri U all, janganlah sekali-kali melakukan perkara yang dilaknat atau dilarang oleh agama. Tak kira lah agama mana pun, perbuatan yang menyakiti dan menzalimi diri sendiri adalah dilarang. Bertindaklah berdasarkan akal fikiran yang sihat dan tenang. Carilah jalan/ cara yang sebaiknya untuk menangani STRES!

*Tips mudah tangani stres (Amalkan 10B).

– BERTENANG
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

– BERNAFAS DALAM-DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

– BERKATA~ RELAKSLAH…
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

– BERIBADAT
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

– BERKONGSI
Berkongsi perasaan/ masalah dengan seseorang adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan. Masalah yang disimpan atau dipendam akan mengakibatkan stres semakin teruk. Kongsilah dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Perbuatan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan stres dan melegakan diri.

– BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan menegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

– BEREHAT
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran. Selain itu, kalau U all ada lagu-lagu faveret, boleh layan.. Asalkan lagu-lagu tersebut slow, sentimental dan menenangkan.

– BERIADAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/ gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

– BERSENAM
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

– BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpuan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung yang laju, marah, gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Harap segala apa yang Anna kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada U all. Semua info tentang stres dari awal tadi Anna petik daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana ada bahagian-bahagian tertentu Anna dah modified mengikut kesesuaian.

TQ for sharing.

Jangan Lupa Jasa Aku

Rahim, Sazali dan Aziz berjaya dalam peperiksaan. Berbekalkan kejayaan itu mereka memohon untuk masuk ke salah sebuah institusi pengajian tinggi. Syukur mereka diterima masuk. Namun demikian mereka sedar ibubapa mereka bukan orang berada. Mereka berusaha untuk mendapatkan pinjaman supaya cita-cita mereka tercapai.

Rahim memikirkan untuk tidak menyusahkan ibubapanya bertindak memohon pinjaman dari sebuah intitusi pinjaman kelolaan kerajaan. Sazali pun turut sama.

Aziz pula dilarang oleh Bapanya mengikut jejak kawan-kawannya. jangan terbabit dengan riba katanya. Bapanya telah membawa Aziz menemui rakan baiknya untuk mendapatkan pinjaman. Pak Abu memang orang kaya dikampung itu. Kebanyakan tanah yang diusahakan oleh orang kampung adalah miliknya.

Pak Abu bermurah hati meminjamkan wang yang diperlukan. Tanpa riba, pinjam 20K bayar balik 20K. Janji Aziz untuk bayar balik secara ansur-ansur bila dia sudah bekerja nanti.

” Tapi ada satu syarat “kata Pak Abu “Kau tolong aku angkut air dari sungai dan penuhkan tangki air aku, boleh?”

Aziz pantas mengangguk seraya berkata,” Boleh Pak Abu. Takda masalah. saya buat sekarang.” Aziz tekun mengangkut air dari sungai ke tangki rumah Pak Abu. Berulang-alik sehingga akhirnya penuh tangki air Pak Abu.

Aziz melangkah longlai mendapatkan Bapanya. Bapa dan Pak Abu entah apa yang dibincang mereka, berkerut-kerut muka Bapa nampaknya.

“Siap Pak Abu. Tangki dan penuh.” Kata Aziz. Pak Abu hanya tersenyum sambil menghulurkan sekeping cek kepada Aziz.

Aziz sangat gembira kerana sudah memperolehi wang untuk pangajiannya. Terlebih gembira dia kerana tidak terlibat dengan riba seperti kawan-kawannya.

@ Putera Klasik

Kerana Aku!

Pak Leman diam sahaja kebelakangan ini. Entah apa yang difikirkannya. Termenung sana termenung sini. Gelisah sahaja. Mak Jah jadi runsing melihat keadaan suaminya. Berulangkali ditanya Pak Leman hanya berkata tiada apa-apa.

Untuk hantar anak dan kawan-kawannya ke Kuala Lumpur guna kereta Pak Abu. Perlu hantar dan ambil sesuatu juga untuk Pak Abu. Hutang duit satu perkara. Hutang budi, sudi memberi pinjam duit satu perkara lain pula. Pak Leman tidak menyangka Pak Abu akan begitu sekali tuntutannya.

Pak Leman sedar dirinya teperangkap kini. Untuk dipulangkan semula duit itu, kesian pula pada anaknya yang begitu gembira dan bersemangat dapat melanjutkan pelajaran.

Pak Leman sedar anaknya juga akan terpaksa membalas budi bila tiba masanya nanti!

” Kau jangan lupa jasa aku! Kalau bukan kerana aku tolong kau, kau ingat kau boleh berjaya?!!”

Apa khabar Aziz? Tidak terlibat dengan Riba? Baguslah….

Nota: Sampai bila nak diturutkan? Sampai sanggup berbuat dosa? Hutang duit sudah dilunaskan!

Untuk berlepas diri dari orang seperti Pak Abu mudah sahaja. Lafazkan,” Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah, Hanya Allah yang boleh membalas segala budi awak.”

Cubalah! Anda boleh rasa sendiri berkuasanya Allah itu! Minta maaf sahaja jika keberatan membuat sesuatu yang disuruh itu. Sopan santun, budi bahasa tetap dijaga. Doakan dia.

Kepada yang berperangai seperti Pak Abu bertaubatlah! Bertaubatlah!! Anda hanya menempah bala!

Anda bencikan Yahudi!? Betul ke?!!…

@ Putera Klasik

2hb Disember 2012

Klinik Cure & Care 1 Malaysia

Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Rawatan Dan Pemulihan

1 Julai 2010

Kaedah open access services diperkenalkan bagi mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan berkaitan dadah.

Tidak kira siapa anda

Tampil secara sukarela

Tiada Paksaan

Tidak melibatkan tindakan undang-undang

Tidak direkodkan dalam sistem Bio NADI AADK

Tiada Pra syarat

Tiada bayaran dikenakan

Anda boleh memilih pakej perkhidmatan yang disediakan

Perkhidmatan pagi hingga malam & hujung minggu

Kami Perihatin, Kami Sedia Membantu

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone