Unit PPDa SMK Gombak Setia

Sekolah Bebas Dadah 2012 Negara Bebas Dadah 2015

Faktor – Faktor Risiko

Wajah Sebelum dan Selepas Menagih Dadah

Wajah Sebelum dan Selepas Menagih Dadah

Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

� Faktor biologi

1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu ‘memulihkan’ anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda.

Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

� Faktor psikososial

1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar.

Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya.

Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan.

Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

� Faktor sosial

1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet.

Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar.

Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna.

Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa.

Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan ‘berarus deras’ ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

Sumber: Penyalahgunaan Dadah, http://www.sioloon.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: