Unit PPDa SMK Gombak Setia

Sekolah Bebas Dadah 2012 Negara Bebas Dadah 2015

Tanggapan Salah Terhadap Qada’ dan Qadar

Bertakwa

Oleh : USTAZ  IDRIS AHMAD
“Lelaki (orang yang kuat) adalah orang yang mampu melawan takdir, bukan orang yang menyerah pada takdir”

Demikian antara kata-kata yang pernah di ucapkan oleh ulama terkemuka, Sheikh Abdul Kadir Jailani. Ungkapan berkenaan, jika di selami maksud sebenar, bukan bertujuan melawan ketentuan ALLAH S.W.T.

Ibnu Taimiyah yang mengupas kata-kata berkenaan di dalam bukunya al’Ubudiyah, menjelaskan bahawa
” Apa yang di katakan oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani itu adalah sesuai dengan perintah ALLAH dan RASUL tetapi terlalu ramai orang yang salah memahami persoalan ini (qada dan qadar)…..lalu mereka menyerah semua itu dengan setuju dan rela atas nama agama, tarekat dan ibadah”

ALLAH S.W.T sendiri ada menceritakan mengenai golongan yang mempunyai tanggapan salah terhadap ketentuan-NYA. Antaranya menerusi Surah al-An’am, Ayat 148 yang bermaksud;
“Kalau ALLAH mahu, nescaya kami tidak akan musyrik, pun ayah-ayah kami (dahulu), dan kami tidak akan mengharamkan sesuatu apa pun”

Begitu juga firman ALLAH S.W.T  di dalam Surah Yasin, Ayat 47 yang bermaksud’
“Apakah kami harus memberi makan orang-orang yang telah di kehendaki ALLAH untuk di berinya makan?”

Di dalam surah lain, iaitu Surah az-Zukhruf, Ayat 20, ALLAH S.W.T turut menceritakan mengenai golongan yang mempunyai tanggapan salah terhadap qada dan qadar ini. Firman-NYA bermaksud;
” Kalau ALLAH mahu nescaya kami tidak akan menyembah berhala-berhala itu”

Tanggapan salah terhadap ketentuan ALLAH S.W.T adalah sesuatu yang berbahaya. Ini kerana ada sesetengah daripada kita turut mengaitkan perlakuan maksiat sebagai ketentuan ALLAH S.W.T tanpa sebarang usaha untuk mengelak atau menjauhinya.

Tanggapan salah terhadap ketentuan ALLAH S.W.T juga memberi kesan negatif terhadap pencapaian sosioekonomi mana-mana individu atau kelompok sosial.

Dalam masyarakat Melayu sendiri misalnya, wujud sejak lama tanggapan “rezeki secupak tidak akan jadi segantang”
Walaupun tanggapan sebegini tidak lagi dominan dalam kehidupan masyarakat Melayu moden, ia pernah melingkari sistem sosioekonomi masyarakat ini suatu ketika dahulu.

Rata-rata mereka yang percaya kuat pada tanggapan salah ini akan melihat kehidupan seolah-olah tidak mempunyai ruang yang terbuka untuk meloloskan diri daripada belenggu qada dan qadar sedangkan ALLAH S.W.T memberi ruang yang seluas-luasnya untuk berikhtiar dan berdoa.

Natijah tanggapan salah ini dapat di cerminkan daripada kelemahan peribadi untuk terus berusaha merungkaikan diri dan keluarga daripada status tradisional kepada kedudukan yang lebih baik.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri dan keluarga, malah masyarakat serta negara.

Masyarakat dan negara yang di anggotai ramai peribadi seperti ini, akan lambat berkembang dan berjaya.
Kekayaan sumber bumi anugerah ALLAH S.W.T tidak dapat di manipulasi dan di manfaatkan semaksimum mungkin.

Lebih buruk lagi ialah sumber berkenaan akhirnya hanya di nikmati orang asing yang tahu berusaha dan memberikan nilai tambah (value added) kepada sumber sedia ada sehingga menghasilkan produk siap yang berharga di segi ekonomi.

Oleh itu sebagai panduan berguna untuk membebaskan diri dan masyarakat daripada kongkongan tanggapan salah terhadap qada dan qadar ALLAH S.W.T, perhatikan petikan penuh kata-kata Syeikh Abdul Kadir Jailani berhubung perkara ini.

Beliau berkata;
” Terlalu ramai orang apabila sudah sampai kepada qada dan qadar, mereka lalu berhenti (buntu atau tidak mahu lagi berusaha) kecuali saya. Saya berpendapat, di sana masih ada jendela yang terbuka bagi saya. Oleh itu, takdir ALLAH akan saya lawan dengan cara yang benar demi kerana ALLAH juga. Lelaki (orang yang kuat) adalah orang yang mampu melawan takdir, bukan orang yang menyerah pada takdir”

SUARA MASJID JANUARI 2002 HALAMAN 11

@ Putera Klasik…..Fikirkanlah…Renungkanlah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: