Unit PPDa SMK Gombak Setia

Sekolah Bebas Dadah 2012 Negara Bebas Dadah 2015

SMK Gombak Setia

SMKGS mula ditubuhkan pada tahun 1969 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang pada ketika itu dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan, bertempat di Sekolah  Rendah Setapak (menumpang) selama seminggu. Bilangan pelajar ketika itu 200 orang.

Pengetuanya yang pertama ialah Cik Badariah bt. Hj Ibrahim. Kemudian pada Mei 1969 juga pelajar-pelajar ini dipindahkan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka bersekolah di tempat yang lebih dekat dan selamat. Pengetuanya ialah En. Mohamad Zaid b. Ramli.

Pada Mac 1974, para pelajar dipindahkan ke bangunan sendiri. Pada 1976, Peperiksaan SPM pertama diadakan di sekolah ini. Pada 1979 aliran Sains bagi Tingkatan Empat pula diadakan. Pada 1977 bangunan baru Blok C dan Blok D mula dibina dan siap akhir tahun 1980 serta mula digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1981.

Pada tahun 1982, satu lagi bangunan baru dibina khas untuk Tingkatan Empat Sains Rumah Tangga yang mula dibuka pada awal tahun 1984. Manakala kelas Tingkatan Enam Satera dan Sains juga ditubuhkan pada Mei 1984 (merupakan sekolah pertama di daerah Gombak yang mempunyai Tingkatan Empat bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Gombak).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: